Kasut berbau berpunca daripada kaki yang kerap berpeluh serta jarang menukar stokin. Biarpun kasut tersebut telah dicuci namun baunya tetap busuk.
Tak perlu buang kasut anda tu! Gunakan kaedah ini untuk menghilangkan bau hapak serta bau busuk kasut tu:
1. Ambil 2-3 uncang teh yang telah digunakan
2. Letakkan uncang tersebut ke dalam kasut yang berbau
3. Biarkan selama satu malam dan pastikan kasut tersebut diletakkan di tempat yang kering
Untuk pengetahuan semua, uncang teh dapat menghapuskan bakteria penyebab bau busuk dan cara ini tersangat lah mudah serta praktikal. Selamat mencuba!