Washington: Dia pernah melalui detik hitam sebagai penagih dadah sejak berusia enam tahun, namun ia bukan alasan untuk berjaya di universiti.
Daily Star melaporkan, Ginny Burton, 48, pernah dipenjara tiga kali.
Ketika kecil, ibunya mengajarnya mengambil ganja dan ketika itu, ayahnya ditahan di penjara kerana rompakan bersenjata.
Dia mula menggunakan syabu ketika berusia 12 tahun.
Ginny yang kini mempunyai dua anak juga mendedahkan dia merokok sejak usia 14 tahun dan menyuntik heroin pada usia 21 tahun.
Ketika berusia 16 tahun, dia pernah diperkosa oleh pengedar dadah yang membekalkan bahan terlarang itu kepada ibunya.
Beberapa tahun kemudian, Ginny mula merompak pengedar dadah Mexico dengan menggunakan senjata.
“Sayalah orangnya. Saya mempunyai 17 rekod kesalahan.
“Saya bukan orang yang disenangi. Semua orang adalah mangsa dan pemangsa.
“Kamu tidak boleh bertahan. Kamu lebih suka mati daripada hidup. Saya menghabiskan sebahagian besar ketagihan saya dengan berharap seseorang akan ‘mengakhiri’ hidup saya,” katanya.
Dia memutuskan untuk mengubah hidupnya selepas dipenjarakan dan meminta untuk dimasukkan ke dalam program pemulihan dadah.
Ginny akhirnya bebas daripada ketagihan dan kembali menimba ilmu.
Selepas menamatkan kursus perguruan di Seattle sebagai pelajar tertua di kelasnya, dia diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Washington.
Pada tahun 2019, dia dianugerahkan biasiswa dan menyertai pasukan akademik universiti.
Setahun kemudian dinobatkan penerima anugerah biasiswa, Truman Scholar 2020 untuk Washington.
Kini, dia mempunyai kelulusan ijazah dan bidang sains politik, dan berharap dapat bekerja dalam bidang reformasi penjara.
Sumber: My Metro