Hospital Gaza Yang Sudah Sarat Pesakit Covid-19, Dipenuhi Lagi Dengan Mangsa Serangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Seorang ibu sedang menenangkan anaknya yang sedang menerima rawatan di Hospital Shifa di Kota Gaza, 13 Mei 2021. (Foto AP)

Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berada yang sememangnya telah menghadapi tekanan disebabkan kes koronavirus yang semakin meningkat, semakin berada di ambang kehancuran apabila berlakunya peperangan hebat yang pada mulanya dicetuskan oleh tentera Israel sehingga mengakibatkan puluhan terbunuh dan ratusan cedera.

Konflik antara Israel dan Hamas di Gaza telah mengorbankan 122 orang Palestin, termasuk 28 kanak-kanak, dan mencederakan lebih dari 620 orang di wilayah miskin itu. Serangan udara Israel telah menghancurkan pangsapuri, meletupkan kereta dan merobohkanbangunan.

Doktor di seluruh Gaza kini sedang menyusun semula unit rawatan rapi (ICU) dan sedang sibuk merawat pelbagai jenis krisis kesihatan termasuklah merawat luka mangsa letupan, mangsa yang terkena tembakan peluru, mangsa yang cedera serta perlu melakukan pembedahan bagi pesakit yang kritikal.

Terdapat juga ahli keluarga yang membawa mangsa yang cedera sendiri dengan kereta atau berjalan kaki ke Hospital Shifa kerana kekurangan ambulans.

Hospital Indonesia yang terletak di bandar Jabaliya pula hampir musnah akibat bom yang jatuh berdekatan. Ramai mangsa pengsan dan terbaring di atas lantai bahkan situasi itu menyebabkan kebanyakan kawasan hospital berlumuran darah.

“Sebelum serangan tentera Israel, kami memghadapi kekurangan peralatan untuk merawat pesakit dan hampir tidak dapat mengawal gelombang kedua covid-19,” kata pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Abdelatif al-Hajj.

“Sekarang, mangsa dan korban hadir datang dari setiap sudut, bahkan situasi korban sangat kritikal. Saya bimbang sistem hospital ini tidak dapat beroperasi lagi”

Konflik dan serangan berterusan oleh Israel telah menyebabkan sistem di hospital sering terganggu. Hospital Palestin juga turut kekekurangan peralatan seperti beg darah, lampu pembedahan, anestesia dan antibiotik. Selain itu, alat perlindungan diri, mesin pernafasan dan tangki oksigen semakin sukar diperolehi.

Pada bulan lepas, kes dan kematian koronavirus harian Gaza telah mencapai tahap tertinggi, disebabkan penyebaran varian covid yang muncul dari Britain, pelonggaran sekatan pergerakan pada bulan Ramadan, dan kurangnya kesedaran dari masyarakat.

Wabak virus covid-19 itu telah menjangkiti lebih dari 105 700 orang, dan meragut nyawa sebanyak 976 penduduk Palestin, lapor pihak berkuasa kesihatan.

Sekiranya konflik meningkat, hospital tidak akan dapat merawat pesakit virus, kata al-Akkad.

“Kami hanya mempunyai 15 tempat tidur rawatan rapi, dan yang dapat saya lakukan hanyalah berdoa,” katanya, sambil menambah bahawa puncanya adalah hospital itu kekurangan bekalan dan kepakaran pembedahan.

Saya berdoa serangan udara ini akan segera dihentikan.”

Di Hospital Shifa, pihak berkuasa terpaksa memindahkan pesakit yang cedera ke 30 katil yang sepatutnya diberikan kepada mangsa virus.

“Semenanjung Gaza telah dikepung selama 14 tahun, dan sektor kesihatan sudah sangat penat. Kemudian muncul pula wabak coronavirus, ”katanya, sambil menambah bahawa kebanyakan peralatan juga sudah lama dan tidak dapat diperbaiki.

Sebahagian doktor yang terkena virus turut merawat mangsa pengeboman, kerana lebih separuh daripada tersebut merupakan kes kritikal yang memerlukan pembedahan.