HSNZ Sasar Kutipan 1,000 Hingga 1,500 Beg Darah Sepanjang Ramadan Ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,000 hingga 1,500 beg darah menjadi sasaran kutipan oleh Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sepanjang Ramadan ini.

Pakar Perubatan Transfusi HSNZ, Dr Roslina Remli berkata, program menderma darah diadakan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan sejak 1 Ramadan lepas, pihaknya telah berjaya mengumpul sebanyak 314 beg darah.

Antara lokasi yang terlibat dengan program menderma darah ini ialah Masjid Gong Tok Nasek di sini, Masjid Sultan Ismail (Chendering), Masjid Tengku Tengah Zaharah (Kuala Ibai) dan Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak.

Harapannya, supaya lebih ramai individu terutama golongan belia dan pelajar akan tampil untuk menderma darah di masjid-masjid terpilih yang telah dirancang sepanjang Ramadan ini.