HUAWEI bawa masuk varian baharu siri Mate50 edisi kaca kunlun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SELEPAS berada di pasaran selama sebulan, siri HUAWEI Mate50 makin mendapat permintaan daripada pelanggan.

Lebih-lebih lagi model edisi kaca HUAWEI Mate50 Pro Kunlun warna oren vegan kulit, dilaporkan kehabisan stok pada hari pertama jualan.

Oleh kerana terdapat banyak permintaan untuk HUAWEI membawa masuk varian lain versi KUNLUN Glass, bulan ini HUAWEI membawa masuk varian baharu untuk edisi kaca kunlun iaitu hitam karbon dan perak.

Ia juga masih mengekalkan kekuatan kaca kunlun yang dikatakan sepuluh kali lebih tahan jatuh daripada kaca biasa pada model Mate 50.

Ini kerana, kaca kunlun dihasilkan dengan menambahkan oksida logam tertentu pada kaca asas, seperti 10 kuadrilion tahap nanokristal menggunakan teknik pertumbuhan nanokristal suhu tinggi 24 jam, pemprosesan bahan matriks mikrokristalin 108 langkah, dan teknologi peleburan platinum 1600 darjah Celsius.

Hasilnya, jurutera HUAWEI berjaya mencipta penyelesaian yang boleh digunakan untuk isu industri seperti ketidakupayaan seramik kaca untuk memadankan kekuatan dan optik.

Oleh kerana itu juga, HUAWEI Mate 50 Pro dengan kaca kunlun menerima pensijilan 5 bintang SGS Switzerland untuk perlindungan kaca.

Hadir dengan paparan OLED 6.74″ dengan resolusi 2616×1212 dan kadar penyegaran adaptif 120Hz, HUAWEI Mate50 edisi hitam karbon dan perak tetap dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan tiga kamera termasuk kamera utama 50MP.

Ia turut dikuasakan dengan kapasiti bateri sama iaitu 4,700mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar pantas 50W.

Terdapat beberapa persoalan daripada pengguna yang bimbang sekiranya Perkhidmatan Mudah Alih Google tidak dapat digunakan pada telefon pintar HUAWEI.

Kini, pengguna boleh mengakses aplikasi berkaitan Google seperti Google Maps, Google Meet, Google Drive dan Youtube melalui aplikasi Lighthouse di HUAWEI AppGallery yang sudah dikemaskini.

Pengguna juga boleh log masuk lebih daripada satu akaun Google pada satu masa hanya dengan menambah akaun tambahan di tetapan telefon HUAWEI tanpa perlu log masuk atau keluar akaun Google sedia ada.

Caranya, pergi ke Tetapan, kemudian ke Aplikasi Lighthouse, tekan butang tetapan di penjuru kanan atas dan log masuk akaun Google tambahan anda.

Pelbagai aplikasi baharu yang sudah dikemaskini boleh didapati di Lighthouse selain Perkhidmatan Mudah Alih Google seperti KFC Malaysia, MY Mahsing, Instagram, Twitter dan banyak lagi.

Antara peranti yang menyokong kemaskini aplikasi terbaharu Lighthouse ini adalah Mate50, Mate50Pro, Mate Xs2, nova10, nova10Pro, nova10SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9SE, nova8i, P50, P50Pro, P50pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, Matepad 10.4 dan Matepad Pro 12.6.

HUAWEI turut menambah ciri keselamatan aplikasi pada AppGallery dengan membuang aplikasi tidak diingini dan berbahaya daripada peranti pengguna.

Untuk mengakses ciri keselamatan pada siri HUAWEI Mate50, buka aplikasi AppGallery, klik ‘ME’ pada AppGallery dan buka ciri pengesanan keselamatan aplikasi bagi membolehkan ia mengimbas secara automatik semua aplikasi yang dipasang pada peranti.

Jika ia menemui sebarang aplikasi yang rosak, mesej amaran akan dipamerkan dan seterusnya ia akan membantu pengguna menyahpasang aplikasi tersebut dengan serta-merta.

HUAWEI sentiasa menjadi peneraju industri teknologi dan mengutamakan keselamatan penggunanya.

Usah bimbang untuk mencuba telefon pintar dan tablet dengan HUAWEI AppGallery kerana Perkhidmatan Mudah Alih Google kini tersedia untuk digunakan dengan lancar.

Sumber: BERITA HARIAN