Hujan Berterusan Berpotensi Banjir Dijangka Landa Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
KUALA TERENGGANU, 6 Nov — Seorang wanita menggunakan payung ketika hujan separa lebat ketika tinjauan di Pasar Payang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka di Terengganu dan Kelantan sehingga esok.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning atau waspada dijangka berlaku di Kelantan serta Terengganu bermula esok hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, sembilan kawasan di Kelantan dijangka akan berhadapan hujan berterusan selama dua hari dan berpotensi berlaku banjir.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Hujan lebat berterusan juga dijangka melanda seluruh Terengganu untuk tempoh sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tiupan angin dari arah Timur Laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Sumber: My Metro