Kuantan: Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak semalam, menyebabkan beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat hari ini.
Antara kawasan yang dinaiki air adalah di Kampung Gudang Rasau, Kampung Air Hitam dan Kampung Pandan Dua, di sini.
Beberapa jalan turut ditenggelami air dan hanya kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan berat yang boleh melaluinya seperti di Kilometer 16 Jalan Kuantan-Sungai Lembing.
Tinjauan di Kampung Gudang Rasau di sini, pagi ini mendapati air naik paras satu meter tetapi belum ada penduduk yang dipindahkan.
Sumber: My Metro