Hujan Meteor Turun Di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Pada awal pagi tadi fenomena angkasa luar biasa dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid dapat dilihat menyinari ruang angkasa di Terengganu.

Tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman di Bukit Lubuk Batu, Bukit Payong, mendapati pemandangan tersebut dapat dilihat pada pada jam 12 pagi sehingga Subuh.

Menurut kenyataan Planetarium Negara, hujan meteor itu akan mencapai paras maksimum dengan kadar sebanyak 110 meteor pada setiap jam atau hampir dua meteor dalam seminit bermula pada waktu tersebut.

Hujan Meteor kecil dapat dilihat di kanan pokok.

“Pusat pancaran meteor itu kelazimannya datang dari arah buruj Perseus iaitu terletak di kawasan langit sebelah utara bumi sebelum hujan ini berpecah ke banyak arah lain.

“Fenomena itu telah muncul dalam paras kecil sejak 17 Julai dan akan berterusan sehingga 24 Ogos ini.

“Bagi menyaksikan fenomena ini dengan terang, anda dinasihatkan agar mencari kawasan gelap dan jauh daripada sebarang pencemaran cahaya,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, bagi yang terlepas peluang boleh merujuk Facebook dan Youtube Dark Sky Malaysia serta Karnival Sains Sabah melalui siaran langsung mereka.

Sumber: TRDI News