KUALA LUMPUR: Beberapa negeri di seluruh negara diramal mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya, memaklumkan keadaan itu mungkin berlarutan hingga ke malam.
Katanya, pada sebelah petang, hujan dan ribut petir diramal melanda Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Selain itu, cuaca sama diramal melanda di satu dua tempat di kawasan pedalaman Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Perak.
“Ramalan itu juga dikeluarkan bagi satu dua tempat di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah, selain Tawau, Sandakan, Kudat serta Labuan.
“Di Sarawak pula, hujan dan ribut petir diramal di satu dua kawasan di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.
Pada sebelah malam ini, hujan dan ribut petir diramal melanda satu dua kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Johor.
Di Sabah, hujan diramal berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan pantai barat selain Tawau, Sandakan, Kudat serta Labuan manakala di Sarawak cuaca sama diramal berlaku membabitkan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri.
Orang ramai boleh merujuk laman web https://www.met.gov.my/ dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Sumber: BERITA HARIAN