Hulur RM200 minta permit rentas negeri diluluskan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bentong: Seorang warga asing ditahan kerana cuba menyogok anggota polis di Balai Polis Bukit Tinggi, dekat sini, untuk mendapatkan permit merentas negeri, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pada jam 9.40 pagi, semasa Ketua Balai Polis Bukit Tinggi bersama anggotanya berada di kaunter aduan, seorang lelaki warga asing datang untuk mendapatkan permit.

Katanya, lelaki itu mahu merentas negeri dari Bukit Tinggi ke Kuala lumpur.

“Selepas meneliti dokumen sokongan, permohonan lelaki itu ditolak.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 28 tahun itu cuba memberi sogokan sebanyak RM200 supaya permohonannya diluluskan,” katanya.

Zaiham berkata, lelaki itu segera ditahan kerana cuba menyogok polis.

Sumber: My Metro