Gereja Katolik Switzerland dan beberapa kumpulan agama lain telah menyuarakan penentangan mereka terhadap larangan burqa atau niqab, atas faktor pemakaian ini melanggar hak agama.
“Menutup badan kerana keyakinan agama … merupakan simbol luaran untuk menyembah Tuhan,” pemimpin agama Kristian dalam persidangan yang turut disertai oleh Majlis Agama Swiss.
Para pemimpin agama Kristian menekankan bahawa kebebasan “untuk memilih dan membentuk cara hidup, gaya hidup dan orientasi” adalah nilai inti dari demokrasi liberal Switzerland, sambil menambah bahawa mereka akan menolak “semua tindakan yang tampak cenderung berkait dengan ideologi dan sosio-politik” apabila dilihat mengganggu ekspresi agama yang dilindungi secara konstitusional,
Pemimpin Protestan, Ortodoks, Muslim dan Yahudi turut menandatangani kenyataan itu.
Warga Switzerland akan memilih sama ada mereka bersetuju akan larangan pemakaian penutup muka sepenuhnya di depan umum pada 7 Mac, selain bersetuju pelbagai isu lain sebagai sebahagian daripada sistem demokrasi yang berlangsung negara itu.
Teks larangan yang dicadangkan tidak menyebutkan tudung Muslim secara jelas, hanya menyatakan bahawa “Setiap individu tidak dibenarkan menutup wajah mereka di depan khalayak umum, atau di kawasan yang dihadiri oleh orang ramai atau di kawasan di mana layanan kebiasannya dapat diakses oleh semua orang”.
Tetapi cadangan itu, yang telah ditentang oleh pemerintah Switzerland, secara luas dilihat menyasarkan niqab, burqa dan hijab penutup muka lain yang dipakai oleh beberapa wanita Muslim.
Wanita Minoriti
Gereja dan pemimpin agama lain memberitahu bahawa hanya segelintir sahaja wanita Muslim yang memakai burqa di Switzerland, yang berpotensi menghadapi “dua bentuk tekanan yang bertentangan: 1) syarat agama untuk menutup wajah dan 2) paksaan yang diberikan oleh negara untuk tidak memakainya.”
“Penyembunyian identiti wanita di ruang publik seringkali dilihat sebagai penindasan terhadap gender. Namun, persepsi ini tidak diwakili oleh semua wanita “kata kenyataan itu.
“Inisiatif ini didakwa sebagai tujuan keselamatan awam. Secara realiti, inisiatif ini sebenarnya ditujukan kepada penduduk minoriti yang sangat kecil dan tidak menyelesaikan masalah. “
Pemerintah Switzerland juga mendesak orang ramai untuk menolak cadangan itu, kerana tindakan tersebut akan merugikan pelancongan.
Pada tahun 2009 pengundi Switzerland menyokong cadangan untuk melarang pembinaan menara baru.
Dua pertiga daripada 8.5 juta penduduk Switzerland beragama Kristian. Kini populasi Muslim telah meningkat sehingga 5%, sebahagian besar peningkatan adalah disebabkan penghijarahan imigran Muslim Balkan.
Islam melihat jilbab sebagai pakaian wajib, bukan sekadar simbol keagamaan yang menunjukkan agama seseorang.
Mengenai tudung, majoriti Ulama Muslim percaya bahawa seorang wanita bebas menutup atau menunjukkan wajah atau tangannya. Wanita juga berhak memutuskan sama ada hendak menutup wajah mereka atau tidak.