Ibu bapa boleh ubat anak yang ada sifat takut dengan cara ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sudah menjadi lumrah anak-anak yang lahir dengan pelbagai sifat begitulah kita juga. Ada anak-anak yang terlalu berani, mesra dengan orang ramai serta ada juga yang penakut sangat. Kadangkala kita pun naik rimas, bila masa 24 jam mahu berdamping dan langsung tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak yang lain.

Selain itu, ada kanak-kanak yang bila ke klinik berlakulah peperangan dunia kedua. Habis satu klinik dengar amukan si kecil itu, walhal hanya mahu check suhu badan.

Kalau ikutkan macam-macam perangai dengan anak ini. Jika anda sedar anak anda tergolong dalam mereka yang sering takut, eloklah berbuat sesuatu. Bukan apa, lama-kelamaan ia akan melibatkan masalah keyakinan anak-anak bila mereka sudah dewasa.

Jadi para ibubapa lekaslah bantu anak anda ya!

# Luangkan masa dengan mereka

Salah satu cara yang paling terbaik ialah dengan mendengar apa jua cerita perasaan dan emosi anak-anak anda. Bila ibubapa terlalu sibuk dan tidak sempat bersama anak, mereka akan terasa disisih dan mula memberontak dengan mengingankan perhatian.

Cipta satu masa untuk anda mendakap dan memahami si anak, tak perlu gopoh atau melenting pada anak. Cukup dengan mendengar dan memahami situasinya.

#Guna ayat pujukan

Setiap kali si anak takut ke berjumpa doktor atau tidak mahu ke sekolah gunakan ayat ‘jampi’ untuk memujuk. Seperti “Ibu sayang Nana, ayah sayang Nana, Nana okay jer” atau “Nana budak baik, Nana boleh buat”. Cara sebegini sedikit sebanyak dapat menenangkan mereka.

# Kenali ketakutan si anak

Rasa takut kadangkala si kecil tidak dapat mengungkapkan dan mereka juga keliru dengan perasaan yang dihadapi. Sebagai ibu dan bapa sewajarnya untuk tahu tindak tanduk anak dan perubahan yang mereka alami jika berhadapan dengan sitausi yang menakutkan. Ini supaya untuk anda cepat bertindak dalam merubah sikap takut mereka dan beri keselesaan.

Mak ayah sekalian jangan ingat takut anak itu main-main ya.

Sumber: Wanista