Ibu lapan anak didakwa guna gelaran ‘Datuk Seri’ tidak diiktiraf

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri Bakti Setia Temasek iaitu anugerah luar yang tidak diiktiraf pada akhir bulan lalu.

Sabariah Hashim, 45, didakwa menggunakan dan menikmati gelaran serta panggilan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, kira-kira 3.30 petang 28 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim menawarkan jaminan RM5,000 manakala peguam Mohd Azahari Matiasin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Sabariah memohon jaminan minimum terhadap anak guamnya yang menanggung lapan anak dan ibu berusia 86 tahun.

Sumber: My Metro