Iklan pengambilan anggota bomba palsu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menafikan ada membuat pengambilan anggota bomba bantuan yang baharu seperti yang ditularkan di laman sosial.

Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, iklan pengambilan itu adalah palsu dan ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Buat masa ini, JBPM Terengganu tidak membuat pengambilan anggota bomba bantuan dan apa yang ditularkan melalui media sosial adalah palsu.

“Semua pihak diminta tidak menyebarkan lagi maklumat palsu berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, tular mesej pengambilan anggota bomba bantuan yang menawarkan elaun hampir RM2,000 sebulan.

Menerusi mesej itu, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di balai bomba berhampiran dengan tarikh tutup permohonan pada 26 Mac depan.

Sumber: My Metro