Ini Kesilapan Biasa Yang Korang Lakukan Setiap Kali Cuci Muka… Please Stop!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Okay cuci muka memang nampak mudah. Basahkan muka dengan air, sapu pembersih dan bilas. Siap! Tapi kenapa masih tumbuh jerawat kalau anda sudah lakukan dengan cara yang betul?

“Pembersihan muka yang betul menghalang pertumbuhan jerawat, boleh meningkatkan kesihatan kulit, dan mungkin mengurangkan keradangan kulit,” jelas Joshua Zeichner, M.D., pengarah penyelidikan kosmetik dan klinikal dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York City.

Untuk memastikan anda menyental dengan betul, berikut adalah beberapa langkah mencuci muka patut elak.

Kesilapan #1 – Lupa Cuci Muka Sebelum Tidur

Mencuci muka pada waktu malam lebih-lebih lagi sebelum tidur adalah peraturan wajib buat.

Foto – blog.yonkausa.com

“Kita sedia maklum, pada siang hari, minyak semulajadi dan peluh berkumpul di kulit. Kita mungkin terdedah kepada alam sekitar, yang bermaksud membawa kepada kotoran dan pencemaran. Jadi, tidak membersihkan semua kotoran pada penghujung hari boleh menyebabkan kerengsaan kulit, keradangan dan musuh utama JERAWAT,” terang Dr Zeichner.

Kesilapan #2 – Guna Pembersih Muka Untuk Buang Mekap

Tak mampu beli make-up remover ke sampai hanya guna pembersih je?

Foto – Hermo

Kebanyakan jenama mekap adalah kalis air, jadi pembersih asas tidak dapat membuang mekap. Untuk itu penting untuk menggunakan make-up remover jenis wipes, micellar water atau berasaskan minyak sebelum basuh muka.

Kesilapan #3 – Terlalu Kerap Cuci Muka

Idealnya, anda perlu mencuci muka dua kali sehari – waktu pagi dan malam, kecuali jika berpeluh berlebihan.

Foto – www.self.com

“Mencuci muka anda lebih daripada dua kali sehari untuk membuang kuman bukanlah tindakan yang bagus, bahkan membawa kepada kulit yang kering dan iritasi, ia juga boleh membawa kepada kulit yang secara paradoks menghasilkan terlalu banyak minyak,” jelas Dr Zeichner lagi.

Kesilapan #4 – Cuci Muka Selepas Guna Topeng Muka

Kebanyakan topeng muka mengarahkan anda untuk mencuci muka sebelum menggunakan produk mereka. Ini adalah kerana rawatan kulit memerlukan muka dibersihkan supaya ia dapat menembusi sepenuhnya ke dalam kulit.

Foto – belmondobeauty.com

“Masker dapat menyampaikan ramuan utama 300 peratus lebih kuat daripada serum, jadi biarkan kulit anda menikmati penghidratan dan manfaat kebaikan selepas menggunakannya,” kata Ellen Marmur, M.D., dermatologi di New York City.

Kesilapan #5 – Keringkan Muka Dengan Tuala Mandi

Persoalannya kenapa cerdik sangat? Tak tahu ke tuala mandi untuk badan dan muka tidak boleh disatukan.

Foto – Medical News Today

Walaupun tubuh anda bersih selepas mandi, anda tidak mahu menyebarkan bakteria dari tubuh ke wajah (mikroorganisma yang berbeza hidup di kawasan yang berlainan badan anda). Sebaliknya, gunakan kain yang berasingan untuk mengeringkan muka.

Kesilapan #6 – Sental Muka Terlalu Lama

Bae Suzy mengambil masa sehingga 20 minit mencuci muka. Mungkin itu berkesan untuknya tapi tidak pada anda kerana setiap dari kita mempunyai jenis kulit yang berbeza.

Foto – Osen

Target terbaik ialah kira-kira 20 atau 30 saat, lebih daripada itu hanya memudaratkan. Overscrubbing, terutamanya apabila menggunakan pembersih pengelupasan boleh menyebabkan kulit iritasi dan merah. Jerome Garden, M.D., pengarah Institut Laser dan Dermatologi Doktor di Chicago, mengesyorkan mencuci muka dengan air suam dan menggunakan hujung jari dalam gerakan bulatan bila aplikasikan cleanser. Pastikan untuk mencuci zon T (hidung dan dahi) dan U (rahang), kerana ini adalah bahagian yang cenderung diabaikan.

Kesilapan #7 – Tidak Guna Moisturizer

Satu lagi masalah yang biasa dilakukan ialah tidak memakai moisturizer. Alasan takut muka berminyak. Apakah?

Foto – moisturizecreams.com

Pakar mencadangkan guna pelembap sebaik sahaja mencuci muka. Jika anda menunggu walaupun beberapa minit, sel-sel permukaan menjadi kering dan sebenarnya sukar untuk dilembapkan. Pelembap menyediakan ramuan penting kepada kulit anda, menjadikan kulit bersih dan terhidrat.

Kesilapan #8 – Guna Suhu Air Yang Salah Bila Cuci Muka

Air panas bukanlah kawan kepada kulit anda, terutama kawasan yang sensitif.

Foto – Quora

Menurut Dr Zeichner, suhu yang melampau seperti air panas boleh menyebabkan pembuluh darah dan kerosakan tisu halus. Ini bermakna kulit anda akan menjadi kering lebih cepat, gatal dan berkeringat dari semasa ke semasa. Sebaliknya, gunakan air suam untuk mencuci muka.

Kesilapan #9 – Pengelupasan Lebih Dari Sekali Atau Dua Kali Seminggu

Anda kerap melakukan pengelupasan?

Foto – Cosmo

Pengelupasan boleh membantu mengeluarkan sel-sel mati yang terkumpul di permukaan kulit untuk meningkatkan kecerahan kulit. Overscrubbing boleh menyebabkan lapisan kulit luar keradangan dan kerengsaan. Secara amnya, kita tidak perlu melakukan pengelupasan lebih daripada sekali atau dua kali seminggu.

Sekarang dah jelas? Selamat Beramal!

Sumber : Wanista