Ini Sebenarnya Cara Sikat Rambut Yang Betul Supaya Rambut Lebih Lebat & Sihat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Tahu tak sebenarnya cara sikat rambut juga boleh mempengaruhi kekuatan dan kecantikan rambut anda? Ini 6 cara sikat rambut dengan betul untuk kurangkan masalah rambut yang anda hadapi.

1. PILIH MATERIAL SIKAT

Gunakan sikat yang menggunakan material yang lembut dan sesuai dengan rambut anda. Kalau anda menggunakan sikat yang keras dan kasar, kulit kepala anda juga mungkin akan terluka.

2. JANGAN SIKAT KETIKA RAMBUT BASAH

Elakkan menyikat rambut anda ketika rambut sedang basah. Ia boleh menyebabkan rambut anda gugur dan bercabang kerana liang rambut terbuka ketika rambut anda basah.

3. SIKAT RAMBUT SEBELUM SYAMPU

Untuk mengurangkan rambut yang kusut dan bersimpul, pastikan anda sikat rambut sebelum syampu rambut. Ia juga akan menyenangkan proses syampu rambut anda untuk mencuci rambut anda dengan menyeluruh.

4. JANGAN SIKAT RAMBUT SEBELUM TIDUR

Menyikat rambut sebelum tidur akan menimbulkan stimulasi untuk pengeluaran sebum yang akan menggatalkan kulit kepala dan merosakkan rambut. Selain itu, ia akan membuatkan rambut menjadi rapuh dan senang putus.

5. SIKAT BEBERAPA INCH SELEPAS AKAR RAMBUT

Selalunya kita akan sentiasa sikat rambut dari akar rambut hingga ke hujung. Tapi sebenarnya, ia boleh menyebabkab rambut mudah putus dan gugur kerana kemungkinan hujung rambut anda tersimpul dan akan menarik akar rambut anda.

6. JANGAN SIKAT BAHAGIAN YANG KERINTING

Sekiranya anda mempunyai rambut kerinting, pastikan bahagian yang “curl” tidak disikat terlalu kerap. Ia untuk mengekalkan ‘bouncy’rambut dan juga rambut kerinting lebih sensitif dan perlukan penjagaan yang betul.

Semoga bermanfaat 🙂

Sumber: Sirap Limau