Organisasi di Amerika Latin Bergabung Mendukung Kempen Solidariti Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 29 November setiap tahun sebagai hari solidariti dunia untuk rakyat Palestin dan pembelaan hak mereka yang sah.

Kempen solidariti untuk rakyat Palestin telah dilancarkan pada hari Sabtu (28/11) yang dianjurkan oleh beberapa institusi di negara-negara di wilayah Amerika Latin, sempena Hari Solidariti Antarabangsa untuk Rakyat Palestin.

Selain itu pada hari Sabtu, bagi meraih kesedaran orang ramai, kempen tersebut turut menyeru warga Twitter di negara-negara Amerika Latin memeriahkan kempen tersebut dengan tanda pagar #vivapalestina di semua platform media sosial.

Pada hari Ahad (29 Nov), satu pertemuan telah diadakan dengan anggota parlimen yang menyokong perjuangan Palestin dari 11 negara Amerika Latin.

Pertemuan lain diadakan pada hari Isnin (30 Nov) dengan Presiden Persatuan Organisasi Palestin di Brazil, Walid Rabbah, di mana beliau akan ditemu ramah oleh wartawan Lubnan Brazil, Bruno Baaklini.

Pada hari Selasa (1 Desember ), kempen akan menggabungkan beberapa aktivis yang menyokong perjuangan Palestin dari 6 negara di Amerika Latin.

Sementara itu, pada hari Rabu (2 Disember), sebuah filem dokumentari berjudul “Kehidupan Gaza / Gaza Lives” akan ditayangkan di laman web Middle East Monitor.

Semua acara dan perjumpaan akan disiarkan melalui aplikasi ZOOM melalui pautan siaran berikut:
https://zoom.us/j/94855268022

Selain itu, dokumentari itu juga dapat ditonton di laman Facebook berikut:

https://www.facebook.com/Forum.LP
https://www.facebook.com/A.de.Palestina
https://www.facebook.com/monitordooriente