INSYAAF Bantu Rakyat Hadapi Covid-19 Melalui Teknik Pernafasan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU- Total Life EMQR Motivation Academy (TALEMA) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (PERKIWISA) akan mengadakan Simposium Anatarabangsa Nafas (INSYAAF) dengan membawa tema ‘Nafas dan Pernafasan’ dalam membantu rakyat menghadapi cabaran Covid-19.

Jurulatih Konsultan, Mohd Nor Majnun berkata program peringkat antarabangsa pada 2 Februari itu menyasarkan 5,000 peserta Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Katanya, peserta akan didedahkan mengenai kepentingan nafas dan peranannya dalam melindungi diri, keluarga dan persekitaran terhadap ancaman pandemik.

“Pakar-pakar ini akan berkongsi secara teori dan praktikal tentang teknik pernafasan serta kesan positif yang bakal dialami setelah mengamalkannya di samping para peserta akan mendengar perkongsian pengalaman daripada bekas-bekas pesakit yang telah sembuh setelah mengaplikasikan teknik yang diajar.

“Secara umumnya, Insyaaf akan membantu masyarakat untuk keluar daripada perasaan takut dan trauma terhadap Covid-19 dan menyediakan diri untuk meneruskan kehidupan secara lebih positif dalam persekitaran endemik Covid-19 pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, pada sidang media dalam menghebahkan program berkenaan, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini semalam.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya hadir ke negeri ini dalam rangka kerja mempromosikan dan menyampaikan manfaat Insyaaf yang turut disokong Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dan Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai ‘Technical Adocator’ untuk Program World Class Wholistic Motivation PSK Edisi khas Covid-19: Kursus Pengenalan Motivasi Menyeluruh di Empat Tahap Dimensi Insan.

“Ia juga  turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak diantaranya Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam Malaysia, Akademi Motivasi 5K dan NEO Wellness Centre,” ujarnya.

Katanya lagi, sebelum ini seminar berkenaan telah diadakan sebanyak lima siri sepanjang tahun 2021 iaitu melibatkan negeri Sarawak, Melaka, edisi khas bersama KKM di Johor, serta akan diadakan pula untuk Edisi Pahang pada 22 Januari serta Terengganu pada 29 Januari hadapan.

Tambah beliau, sesiapa yang berminat untuk hadir dan beroleh manfaat daripada program berkenaan boleh menghubungi Pengurus Program, Dr Julia Jamain di talian 012-9782598.

Selain itu ia boleh disertai melalui platform media sosial melalui carian Life Wholistic Motivation melalui Facebook dan Telegram.

Menerusi sidang media tersebut , pihaknya juga menawarkan peluang pekerjaan bagi menjana pendapatan sebagai Coach, motivator, dan Trainer melalui program ‘Train Of The Trainer’ dengan peluang pendapatan RM5,000 hingga ke RM10,000 sebulan.

Sumber: TRDI News