Islamofobia kembali hangat di Perancis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seluruh dunia dirundung pandemik akibat virus Covid-19, namun pihak kerajaan Perancis bertalu-talu menyerang masyarakat Islam di Perancis yang berpunca dari akhbar Charlie Hebdo. Pada September 2020, akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo telah merancang untuk menerbitkan semula karikatur kontroversi menghina Nabi Muhammad yang menjadi punca serangan itu. Insiden itu menyebabkan berlakunya pembunuhan daripada pihak radikal Islam terhadap pihak yang  dan telah mengorbankan seramai 12 orang termasuk beberapa kartunis terkemuka Perancis, terbunuh dalam tragedi 7 Januari 2015 itu. Penerbitan akhbar Charlie Hebdo itu dilakukan bagi menandakan bermulanya perbicaraan pasangan adik beradik, Said dan Cherif Kouachi melakukan serangan bersenjata di pejabat akhbar itu di Paris.

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Place de la Republique di Paris sebagai menyatakan solidariti terhadap kematian Samuel Paty yang dipenggal kepala pada Jumaat lalu. – Foto AFP

Pada 16 Oktober 2020, seorang guru yang bernama Samuel Paty telah dibunuh oleh Abdullakh Anzorov berusia 18 tahun yang kemudian mati ditembak polis. Beliau dibunuh sekitar jam 5 petang (waktu tempatan) itu. Mangsa dipenggal berhampiran sebuah sekolah di Conflas Saint-Honorine kira-kira 30 kilometer (km) di barat daya Paris. Beliau dipercayai dibunuh kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW kepada pelajarnya di dalam kelas pada 6 Oktober. Pembunuhan beliau menyebabkan rakyat Perancis mengadakan perhimpunan bagi menegakkan keadilan terhadap guru tersebut yang telah dibunuh. Pembunuh tersebut dipercayai berhubung dengan puak militan pelampau dari Syria.

Guru Sejarah, Samuel Paty yang dubunuh dengan dipenggal kepalanya
Kredit: Tribunnews

Konflik kian rumit apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan bahawa Islam adalah agama yang berada dalam krisis di seluruh dunia hari ini. Beliau akan menjadikan Perancis lebih sekular dan mengumumkan bahawa melaksana pengawasan lebih ketat di sekolah dan mengawal pembiayaan dana masjid dari negara luar, dalam usahanya mempertahankan nilai sekular bagi menentang kumpulan radikal Islam. Ia adalah antara cadangan bagi mengasingkan agama daripada pendidikan dan sektor awam di Perancis. Dalam satu ucapan yang dinantikan, Macron menegaskan minoriti umat Islam di Perancis yang dianggarkan seramai enam juta berada dalam bahaya yang membentuk ‘masyarakat kontra’.Beliau berada di bawah tekanan untuk menangani radikal Islam di tengah kebimbangan mengenai keselamatan negara itu.

Sheikh Mohammed Abdul Karim Al-Issa
Foto- Berita Harian

Islam tidak pernah menyokong radikalisme

Sheikh Mohammed Abdul Karim Al-Issa setiausaha agung wakil Liga Muslim Dunia (WML)  telah memberi respon terhadap Presiden Perancis yang mengatakan Islam adalah agama yang menghadapi krisis di seluruh dunia. “Memang wujud golongan yang mengakui mereka sebagai orang ‘Islam’ namun mereka ini telah mencalarkan mencalarkan kewibawaan Islam dengan tindakan radikal serta melampau termasuk melakukan keganasan.”Tindakan pihak pelampau tersebut tiidak mencerminkan Islam sebenar sama sekali dan jika kita mempertahankan mereka, maka kita juga sama seperti mereka. Justeru, jangan kerana perbuatan sekumpulan kecil ini keseluruhan umat Islam dipersalahkan,”

Beberapa kumpulan utama mewakili masyarakat Islam di Perancis turut mengecam pembunuhan kejam seorang guru lelaki di pinggir bandar Paris kelmarin. Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) menyatakan, pembunuhan itu adalah satu perbuatan jenayah dan tindakan mengaitkannya sebagai serangan pengganas Islam adalah tidak relevan sama sekali. Dalam ciapan di twitter CFCM, mereka menyatakan “Islam tidak menyokong malah mengutuk serta melarang umatnya melakukan keganasan.“Apa pun alasannya, kami mengutuk keras pembunuhan itu,”

Tindakan radikal ini sememangnya ditentang dalam Islam kerana Islam tidak pernah mengajarkan umatnya untuk membuat tindakan balas secara ekstrem apatah lagi mengambil nyawa terhadap pihak yang memusuhi Islam. Tetapi dalam masa yang sama, akhbar satira Charlie Hebdo sememangnya menunjukkan perbuatan yang tidak bermoral kerana tindakan mereka telah menyentuh sensitiviti umat Islam yang tidak pernah memberi gambaran terhadap wajah Nabi Muhammad SAW. Bagi Umat Islam ia adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam dan tindakan akhbar Charlie Hebdo ini telah menyebabkan pihak pelampau melakukan Tindakan balas dendam.

Kesan Radikalisme Terhadap Masyarakat Islam di Perancis

Islamofobia di Eropah akibat daripada tindakan radikal oleh pihak pelampau telah menyebabkan masyarakat bukan Islam mengukukuhkan pandangan bahawa Islam itu agama yang ganas dan kasar. Meskipun sebenarnya Islam adalah agama yang harmoni namun telah dirosakkan imej oleh pihak pelampau. Komuniti Islam di Eropah sebenarnya sedang meningkat naik dan populasi penduduk Muslim di sana adalah sebanyak 10%. Akibat daripada islofobia yang berlaku, ramai Muslim yang tidak bersalah terpaksa menghadapi tekanan Islamofobia oleh masyarakat bukan Islam yang berada di sekeliling.

Apabila Presiden Perancis menyatakan bahawa beliau akan mengetatkan lagi sekularisasi di negara tersebut, ini akan menyebabkan pergerakan masyarakat Muslim yang tidak pernah berdosa terkesan. Setelah kejadian pembunuhan itu, dua wanita muslim yang sedang berada di dekat Menara Eiffel, Paris, telah ditikam pada Sabtu 18 Oktober 2020. Pembunuhan dua wanita muslim itu adalah kesan dari Islamofobia akibat dari pembunuhan Professor Samuel Paty.