Pihak perkhidmatan Penjara Israel menyatakan bahawa mereka akan mula memvaksinasi semua orang yang dipenjara terhadap COVID-19, termasuk warga Palestin, berikutan seruan dan kritikan dari kumpulan hak asasi, pegawai Palestin dan peguam negara Israel.
Israel telah memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada lebih dari dua juta warganya.
Namun, tindakan kerajaan Israel itu menghadapi kritikan keras ketika Menteri Keselamatan Awam Amir Ohana menyatakan tahanan Palestin adalah yang terakhir mendapat inokulasi.
Israel dan Kumpulan Hak Asasi Antarabangsa termasuk Amnesty International, serta Pertubuhan Pembebasan Palestin juga telah menyatakan seruan orang ramai agar Israel memvaksinasi sekitar 4,400 orang Palestin yang ditahan di penjara.
Menteri Kesihatan Yuli Edelstein mengumumkan minggu lalu bahawa dos vaksin pertama akan diedarkan ke penjara dalam beberapa hari mendatang.
Perkhidmatan penjara mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa 20 tahanan telah diberi dos awal vaksin, tanpa menyatakan sama ada mereka yang menerima adalah warga Israel atau Palestin.
Jurucakap pihak penjara memberitahu AFP bahawa arahan itu dikeluarkan kepada “semua tahanan, tanpa ada perbezaan.”
Kelab Tahanan Palestin memberitahu dalam satu kenyataan bahawa tiga tahanan Palestin telah diberi vaksin.
Human Rights Watch seterusnya meminta Israel untuk memberikan vaksinasi kepada 2.8 juta penduduk Palestin di Tebing Barat yang telah dijajah serta dua juta warga Palestin di Gaza yang disekat Israel.
Pengarah kumpulan Israel dan Palestin iaitu Omar Shakir telah mengkritik tindakan vaksinasi penduduk Yahudi di Tebing Barat, yang mana tidak dilakukan terhadap jiran Palestin mereka.
“Setiap orang yang berada di wilayah yang sama perlu mendapat keadilan sama rata .terhadap vaksin, tanpa mengira etnik mereka.”