Hujan lebat telah menelan khemah khemah ribuan orang Syria di daerah Maaret Misrin, provinsi Idlib.
Khemah sementara keluarga para pelarian kini dipenuhi dengan lumpur, kata seorang wartawan AFP.
“Kami telah tinggal di dalam khemah yang dibanjiri air selama tiga hari ,” kata Abu Qassem, kepada AFP.
“Air telah memasuki ke dalam khemah kami dan para wanita berusaha mencedoknya keluar.”
Para pekerja sukarelawan telah menggunakan jentolak untuk membuang lumpur yang berlebihan.
“Kem itu telah bertukar menjadi tasik, yang mana khemah tenggelam di dalamnya,” kata Mahmud al-Allawi, salah seorang penduduk. “Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan penderitaan kami,” tambah pemuda 24 tahun itu.
Terdapat juga sebuah kem di kawasan Kafr Uruq, yang mana beberapa penduduk cuba menyapu lumpur keluar dari pintu masuk khemah mereka.
Individu yang paling beruntung adalah mereka yang dapat memakai kasut getah, namun mereka yang lain hanya dapat berlari-lari di kawasan banjir dengan menggulungkan seluar hingga ke lutut.
Pegawai kanan kemanusiaan PBB Mark Cutts memberitahu bahawa hujan pada musim sejuk telah mempengaruhi ribuan orang. Beliau menulis di media sosial bahawa “Keadaan ini adalah satu keadaan yang menyedihkan untuk disaksikan di kem pemindahan banjir di Idlib dan kawasan lain,”
“Cuaca akan datang kemungkinan akan lebih buruk, kerana ramalan akan turunnya salji dan turunnya suhu sehingga -3 darjah Celsius dalam beberapa hari mendatang.”
Beliau mengatakan lagi sekurang-kurangnya 4000 orang di barat laut Syria telah terjejas teruk ketika hujan lebat dan angin kencang telah merosakkan atau menghancurkan lebih dari 800 khemah.
“Wanita di kem memberitahu saya tentang keadaan mereka yang mana semuanya basah, semua orang tepaksa pindah di tempat terbuka dan mereka tidak dapat tidur malam,” katanya.
Benteng utama Syria di Idlib merupakan tempat tinggal sekitar tiga juta penduduk, separuh dari mereka berpindah disebabkan serangan tentera di seluruh negara.
Perang Syria telah mengorbankan lebih 387,000 orang dan menjadikan berjuta-juta orang pelarian sejak perang tersebut pada 10 tahun yang lalu.