Pasukan Israel telah menyerang sebuah hospital di Tebing Barat menyebabkan timbulnya panik di kalangan pesakit, menurut menteri kesihatan Palestin.
Dalam satu kenyataan, Mai al-Kaili mengatakan bahawa tentera Israel telah melepaskan tembakan bom tangan di dalam Hospital Thabet Thabet di bandar Tulkarem di utara semasa serbuan itu.
Al-Kaili mengutuk serangan itu sebagai “kejahatan baru Israel yang bertentangan dengan semua konvensyen dan norma antarabangsa, serta konvensyen Geneva”.
Dia terus meminta masyarakat antarabangsa untuk campur tangan bagi melindungi rakyat Palestin dan menghentikan serangan Israel yang berulang”.
Dr. Haitham Shadeed, pengarah hospital, menyatakan bahawa tentera menyerang kawasan luar hospital kira-kira jam 3:30 waktu subuh, sebelum menyerbu tingkat utama kemudahan perubatan.
Tambahnya lagi, tentera Israel telah melepaskan beberapa bom tangan yang memberi gegaran di bahagian pendaftaran dan Unit Kecemasan, menyebabkan rasa cemas dan panik di kalangan ramai pesakit dan doktor.
Menurut menteri itu lagi, pasukan Israel telah menyerang tiga hospital Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza bulan lalu.
Baru-baru ini, pasukan Israel menyerbu beberapa kediaman di Tulkarem, melepaskan tembakan bom tangan dan tabung gas pemedih mata untuk menngehentikan tindakan pemuda yang memprotes.
Tentera Israel sering melakukan kempen penangkapan secara meluas di seluruh Tepi Barat dan Jerusalem Timur dengan alasan untuk menangkap warga Palestin yang “disyaki”.