Israel Mengumumkan Rancangan Pembinaan Penempatan Haram Baru Berhampiran Gaza

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pemandangan dari jauh menunjukkan rumah rakyat Palestin di perkampungan Wadi Fukin yang digantikan sebagai penempatan Beitar Illit di Israel di kawasan Tebing Barat yang dijajah, 19 Jun 2019.
(Foto REUTERS)

Kabinet Israel pada 7 November meluluskan pembinaan penempatan baru di kawasan sempadan berhampiran dengan Jalur Gaza.

Semasa mesyuarat Kabinet dilaksanakan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu pihak pemerintah akan bersetuju membangunkan  penempatan baru berhampiran Gaza.

“Ini berita baik bagi Israel, ini berita baik bagi masyarakat di kawasan sempadan Gaza,” kata Netanyahu. Suratkhabar Harian Israel Yediot Ahronoth melaporkan bahawa penempatan baru itu akan menampung sekitar 500 keluarga dan akan diberi nama “Hanun.”

Pemerintah Israel menyatakan akan memperuntukkan 1 juta Shekel Israel ($ 296,000) untuk pembangunan infrastruktur di penempatan baru.

Tebing Barat, termasuk Timur Jerusalem, dianggap sebagai wilayah yang dijajah berdasarkan undang-undang antarabangsa, menjadikan semua penempatan Yahudi yang dibangunkan di sana tidak sah.

Sumber : Daily Sabah