‘Itu bukan ajaran Tok Kenali’ – Cicit

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi menjelaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.

Beliau berkata, perkara tersebut juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuklah kerajaan negeri Kelantan

“Saya mendapat maklum daripada orang yang merakam video itu mengatakan dia tidak mengetahui kumpulan itu datang dari mana. Cuma kalau tengok van…katanya van itu plat pendaftaran dari Thailand…jadi wallahualam daripada mana (datang dari tempat mana).

“Kubur Tok Kenali ni, dia sentiasa terbuka untuk siapa-siapa sahaja… 24 jam sentiasa terbuka.

“Tengah malam pun ada yang datang, jadi muslimin dan muslimat segala amalan yang dibuat dalam video tadi tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran Tok Kenali, dengan pondok Tok Kenali pun tak ada, dengan kerajaan negeri pun tak ada,” katanya menerusi satu hantaran video penjelasan yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok pada Selasa.

Muhammad Hafiz Hukmi Wardi. Tangkap layar video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir di luar kebiasaan sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, sebagai wakil keluarga Tok Kenali menasihatkan kepada orang ramai yang mahu mengunjungi kubur ulama terkenal itu supaya menjaga adab dan akhlak ketika berada di kawasan itu.

Ujarnya, adab itu selari dengan apa yang diajar oleh alim ulama dengan caranya bersopan santun dah tidak berlebih-lebihan.

“Sebab ini akan menjadi fitnah kepada masyarakat kita sekarang. Jadi kalu boleh jaga khususnya orang perempuan minta tolong jangan masuk dalam pagar

“Orang lelaki pun jangan buat perbuatan ataupun amalan-amalan yang khilafiah, amalan-amalan yang diluar pada uruf takut ia menjadi fitnah pada masyarakat,” katanya.

Sebelum itu, tular video memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir diluar kebiasaan sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Sinar Harian & Youtube