‘Jaga Sumber Air, Tanggungjawab Bersama’ – Shaharizukirnain

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SETIU – Penjagaan sumber air adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya terletak pada satu badan atau jabatan semata-mata.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, air adalah sumber penting dalam urusan kehidupan manusia dan makhluk lain.

“Hari ini serentak di seluruh negeri Terengganu mengadakan gotong-royong dengan bertujuan bagi menjaga kawasan persekitaran sumber air bebas daripada tercemar.

“Saya harap usaha ini dimainkan sebaik mungkin setiap daripada kita dan usaha ini dilakukan berterusan”.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak gotong-royong peringkat daerah Setiu, Lata Cangkah, Hulu Setiu sempena sambutan Hari Air Sedunia 2021 kelmarin.

Sambutan Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun membawa tema “Valuing Water” (Hargai Air) dilihat bertepatan,.

Dalam program itu, turut diadakan penanaman anak pokok dan pelepasan anak ikan spesis baung sebanyak 750 ekor ke sungai.

Program yang melibatkan agensi kerajaan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Hulu Setiu itu diadakan dalam keadaan norma baharu dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sumber: TRDI News