Jagalah Akhlak! Itu Amanah Kurniaan Allah SWT

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dalam Al-Quran, Allah merakamkan firmanNYA yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNYA, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diserahkan kepada kamu, sedang kamu mengetahui (dosanya).” Surah Al-Anfal:27

Sifat amanah merupakan satu taklif (tanggungjawab) yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Malah, menjadi satu kewajipan untuk menunaikan amanah yang diberikan samaada amanah kepada Allah dan Rasul atau amanah kepada manusia:

1. Amanah Kepada Allah Dan Rasul

Amanah kepada Allah menuntut kita untuk sentiasa taat dan patuh akan segala perintah Allah S.W.T serta menjauhi dari segala laranganNYA.

Sebagai contoh, solat 5 waktu sehari semalam. Solat itu bergantung kepada diri sendiri.

Mudah atau payah, ikhlas, khusyuk atau lalai. Sama ada kita solat ataupun tidak, hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu.

Seringkali solat itu dipandang remeh, Sedangkan hal tersebut merupakan amanah dan kewajipan yang dituntut.

2. Amanah Sesama Manusia

Amanah kepada manusia meliputi hal-hal seperti memberi hak kepada yang berhak, menunaikan janji, bersikap adil, bercakap benar serta melakukan ihsan dan kebaikan terhadap masyarakat sekeliling.

Tetapi malangnya, manusia sering dirosakkan dengan perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan amanah tersebut.

Antara amanah terhadap Allah dan Rasul dan amanah terhadap manusia kedua-duanya saling berkait rapat. 

Bagaimana seorang manusia yang melaksanakan amanah kepada TuhanNYA tanpa meninggalkan satu waktu solat pun masih tegar melakukan perbuatan tercela?

Hal ini dikatakan kerana dia tidak melaksanakan amanah terhadap manusia. mana mungkin dia boleh menjadi hamba Allah yang bertaqwa seandainya dia menyingkirkan salah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Selain itu, perbuatan mendedahkan aurat tidak boleh dipandang ringan. Ia merupakan suruhan Tuhan. Merupakan amanah kepada manusia yang wajib dilaksanakan.

Lalu, mengapa berbuat pahala (bersedekah) disamping itu juga masih berbuat dosa (mendedahkan aurat)?

Dalam Al-Quran, Allah ada berfirman yang bermaksud;

“Tiap-tiap orang yang berbuat dosa itu jangan disangka bahawa dosa itu tidak akan kembali kepadanya. Dan seseorang yang berdosa itu tidak akan memikul dosanya orang lain.” Surah al An’am:164

MasyaAllah! Alangkah ruginya manusia. Perbuatan yang haram akan tetap jelas haram. Yang haram tidak boleh bertukar kepada halal apatah lagi bercampur status halal dan haramnya dalam satu masa.

Perbuatan sebegini pastinya menjadi satu kerugian besar bagi mereka di padang mahsyar kelak. Apabila manusia dihisab, mereka mula mempersoalkan tindak tanduk mereka yang dahulunya didunia. Mereka akan menyebut dengan penuh penyesalan;

Kita berjalan, nampak sampah. Kita terus kutip dan masukkan ke dalam tong sampah. Walaupun hal itu nampak kecil dipandangan mata manusia, namun ianya besar pada pandangan Allah S.W.T.

Maka, jalankanlah amanah yang telah diberikan kepada kita dengan penuh tanggungjawab. Kerana setiap daripada amanah tersebut akan dipersoalkan dihadapan Allah S.W.T kelak. Tidak akan tertinggal walau sekecil debu pun.

Ketahuilah, Allah menjanjikan syurga buat hambaNYA yang terpilih. Walaupun seorang manusia itu dimasukkan ke dalam syurga bukan semata-mata kerana amalannya, akan tetapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah.

Namun, itu tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja di dunia ini tanpa memikirkan perihal dosa dan pahala kerana menganggap Allah tidak melihat kepada amalan manusia. Tanggapan itu salah!

Dengan amalan baik yang banyaklah Allah akhirnya merahmati dan meredai kita sebagai hambaNYA lalu dimasukkan kita ke dalam syurgaNYA.

Sumber: TZKRH.COM