Jake Tolak Pelawaan Ronaldo ke Old Trafford

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Manchester – Remaja berusia 14 tahun yang didakwa ‘diserang’ Cristiano Ronaldo menolak pelawaan untuk melawat Old Trafford.

Penyerang berusia 37 itu menjemput Jake Harding untuk menyaksikan perlawanan Manchester United selepas insiden memecahkan telefon di tangannya berikutan kekalahan Manchester 0-1 kepada Everton.

Insiden itu berlaku ketika Jake sedang merakam Ronaldo dan rakan sepasukannya menyusuri terowong di Goodison Park.

Ibu Jake Sarah memberitahu bahawa anaknya mengalami lebam di tangannya selepas kejadian itu.

Ronaldo membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyokong muda Everton yang disahkan seorang autisme dan dyspraxia namun Sarah tidak terkesan dengan itu.

“United cuba menanganinya dan ia hanya memburukkan lagi keadaan,” katanya Sarah.

Menjawab kepada jemputan Ronaldo Sarra berkata: “Apa yang saya lihat, jika seorang menyerangnya di jalanan dan kemudian meminta kami pergi makan malam, kami tidak akan melakukannya.

“Hanya kerana dia Cristiano Ronaldo, mengapa kami melakukannya. Seolah-olah kami yang berhutang budi kepadanya tapi saya minta maaf. Kami tidak mahu.

Sarah kemudiannya berkata: “Kami dengan hormatnya menolak tawaran untuk pergi ke United kerana Jake tidak mahu ke sana dan tidak mahu melihat Ronaldo. Dia menjelaskan perkara itu dengan cukup jelas.

“Apa yang boleh saya katakan, ia masih dalam siasatan polis.”

Sumber: METRO