Jakel Shah Alam Terbakar 80 Peratus

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SHAH ALAM – Sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu, namun tiada mangsa terlibat.

Norazam berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 7.08 pagi tadi.

“Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata pasukannya kini dalam proses melakukan pemadaman bara-bara api pada timbunan kain dan jelasnya punca kejadian masih dalam siasatan. 

Sumber : BERNAMA