KUALA LUMPUR – Majlis pembukaan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Nasional atau Stadaium Sarang Burung di Beijing malam tadi berlangsung meriah, dengan kontinjen Malaysia turut mengambil bahagian.
Pada upacara pembukaan itu, Malaysia menjadi negara kelima yang berarak masuk ke dalam stadium.
Dua atlet negara yang bakal bersaing pada temasya ini, Aruwin Idami Salehuddin dan Jeffrey Webb dilihat sama-sama memegang Jalur Gemilang sambil menerima tepukan hadirin.
Aruwin yang layak secara merit dalam acara alpine ski akan bertanding dalam kategori giant slalom wanita di Padang Alpine Ski Xiaohaituo, Yanqing, Isnin ini.
Jeffrey pula akan turun beraksi dalam acara slalom lelaki yang akan membuka tirai pada 16 Februari depan.
Sumber: BERITA HARIAN