Jam tangan Grand Seiko, RM2.1 juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

New York: Seutas jam tangan jenama Grand Seiko dijual pada harga AS$478,800 (kira-kira RM2.1 juta), di sini, baru-baru ini.

Bloomberg melaporkan, ia harga tertinggi pernah dibayar dalam acara lelongan untuk jam tangan jenama Jepun itu.

Harga yang dibayar untuk Grand Seiko Kodo Constant-Force Tourbillon di lelongan Phillips New York itu, menunjukkan pengumpul mewah bersedia membayar untuk jam tangan walaupun ia bukan buatan Switzerland.

Jam tangan Grand Seiko itu di dalam bekas titanium.

Ia menunjukkan mekanisme yang memastikan ketepatan stabil untuk jam tangan.

Sebahagian daripada hasil lelongan daripada jam tangan Grand Seiko itu akan disalurkan kepada badan amal Yayasan Jantung Kanak-kanak, kata Phillips dalam satu kenyataan.

Lelongan itu turut menampilkan jam F P Journe Tourbillon Souverain yang dijual pada harga AS$1.24 juta (kira-kira RM5.5 juta).

Grand Seiko diasaskan pada 1960 untuk penghasilan jam tangan mewah sebagai sebahagian daripada kumpulan pembuatan jam tangan Seiko Jepun yang ditubuhkan pada 1881.

Pada 2017, Grand Seiko keluar daripada syarikat induk untuk beroperasi sebagai jenama autonomi.

Sumber: HARIAN METRO