Jangan Brek Terlebih Dahulu Jika Tayar Anda Tiba-Tiba Meletup Sebaliknya Ikut Cara Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tayar pecah yang berlaku ketika sedang memandu merupakan satu mimpi buruk buat semua orang. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan serius malah boleh mengancam nyawa jika tidak dikendalikan dengan betul. Jika situasi seperti ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan?

Jangan brek!

Pada kelajuan 100 km/j, anda tidak seharusnya menekan brek sekiranya tayar kenderaan anda meletup secara tiba-tiba. Apatah lagi kereta mula akan sedikit hilang kawalan kerana tayar yang pecah.

Berikut adalah lima tips yang boleh anda guna bagi menghadapi insiden ini:

1. Kekal tenang sebaik mungkin dan pegang stereng dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tangan.

2. Jauhkan kaki daripada brek. Geseran daripada tayar yang pecah akan memperlahankan kenderaan anda dengan sendirinya.

3. Tetap pada laluan anda dan jangan cuba menukar arah atau memberi laluan kepada kenderaan lain.

4. Sekiranya anda menggunakan kereta manual, perlahan-lahan tukar kepada gear rendah. Jika kereta jenis automatik, jangan tukar gear sebaliknya kekal sahaja pada gear D.

5. Apabila kenderaan sudah mulai perlahan pada kelajuan bawah 50 km/j, perlahan-lahan tekan brek sehingga kenderaan anda berhenti.

Paling penting, jangan panik untuk memastikan kenderaan anda stabil dan tidak menyebabkan kemalangan kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain. Periksa tayar kenderaan anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

Sumber : Free Malaysia Today