Jangan panik jika anak demam selepas disuntik vaksin… pencerahan ini tentu dapat bantu anda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SEJAK 20 September lalu, program pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun (PICK-Remaja) sudah bermula melibatkan 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara.

Agihan vaksin dilaksanakan secara kaedah walk-in berjadual, iaitu mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV dan ia melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.

Kebanyakan ibu bapa lega apabila anak-anak mereka sudah mendapatkan vaksin bagi memberikan perlindungan di masa pandemik. Bagaimanapun ada segelintir turut berasa bimbang akan kesan sampingan vaksin Covid-19.

Salah satu kesan sampingannya adalah demam. Tidak hanya vaksin Covid-19, demam juga boleh terjadi ketika mengambil jenis vaksin lain.

Sebenarnya demam bukanlah petanda buruk sebaliknya mampu menjadi mekanisme tubuh yang sihat selepas divaksin.

553



Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini diberikan vaksin Covid-19.

Ini kerana tubuh akan membentuk respon antibodi apabila demam dan ia bukan perkara yang berbahaya.

Sebagai ibu bapa sebaik-baiknya tidak perlu berasa panik apabila anak demam selepas menerima suntikan vaksin.

Cukup sekadar memeriksa suhu badan anak secara berkala dan sekiranya ia turut disertai rasa tidak selesa, cukup sekadar diberikan paracetamol untuk melegakan demam.

Bagi melegakan sakit sendi atau bahagian tempat cucuk, boleh tekap dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air panas.

Tetapi timbul pula persoalan lain, sekiranya anak tidak mengalami demam, adakah ia normal?

Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana ia adalah sesuatu yang normal di mana setiap manusia mempunyai respon berbeza-beza terhadap sesuatu perkara termasuk suntikan vaksin.

Namun itu bukan bererti vaksin tidak bekerja dengan baik untuk tubuh anak anda sebaliknya antibodi tetap terbentuk dan memberikan perlindungan.

Sumber: Mstar