JDT Tawar Kontrak Dua Tahun Kepada Falcao

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Media Sepanyol, Marca melaporkan penyerang Colombia, Radamel Falcao bersedia untuk menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kontrak Falcao bersama kelab, Rayo Vallecano bakal berakhir pada Jun ini dan menurut laporan media itu, dia bersedia untuk mencuba cabaran baharu bersama JDT.

Media berkenaan turut mendakwa Falcao sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama JDT yang kini dibimbing Esteban Solari.

“JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu,” lapor Marca.

KUALA LUMPUR: Media Sepanyol, Marca melaporkan penyerang Colombia, Radamel Falcao bersedia untuk menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kontrak Falcao bersama kelab, Rayo Vallecano bakal berakhir pada Jun ini dan menurut laporan media itu, dia bersedia untuk mencuba cabaran baharu bersama JDT.

Media berkenaan turut mendakwa Falcao sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama JDT yang kini dibimbing Esteban Solari.

“JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu,” lapor Marca.

Khabar angin bahawa Falcao, 37, bakal menyertai JDT sudah bermain di media sosial sebelum ini, namun belum ada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak.

– BERITA HARIAN