KUALA LUMPUR – Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang tiga mata penuh bagi memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super terbantut selepas terikat seri 1-1 dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Selaku pelawat, JDT, dibimbing Hector Bidoglio. bagaimanapun pada mulanya selesa mendahului menerusi gol penalti dijaringkan Bergson Da Silva pada minit ke-33.
Babak pertama perlawanan kemudian mempamerkan asakan bertali arus skuad Merah Kuning cuba mencari gol penyamaan, namun gagal menggoncangkan kubu pertahanan JDT sehingga wisel separuh masa pertama ditiup.
Memasuki babak kedua perlawanan, kegembiraan JDT bagaimanapun tidak bertahan lama apabila giliran Selangor memecah kebuntuan pasukan mereka menerusi jaringan pemain import Brazil, Herlison Caion pada minit ke-65.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal membuat sebarang jaringan tambahan sehingga wisel separuh masa kedua ditiup.
Sumber : BERNAMA