HULU TERENGGANU– Jertih Casting Crew (JCC) 2 Muncul Juara King of AMCT 2022 dalam Pertandingan memancing Asean Monsoon Casting Tournament 2022 (AMCT) di Tasik Kenyir semalam.
Pertandingan yang telah bermula empat hari iaitu 2 Disember telah berjaya menarik 439 penyertaan termasuk pserta daripada luar negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Singapura dan Lithuania.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, program ini mampu menjadi tarikan utama pelancongan di Terengganu pada musim tengkujuh.
“Musim tengkujuh tidak menjadi halangan kepada pelancong untuk datang ke Terengganu. Kita menyediakan houseboat, menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan khususnya di Tasik Kenyir,” tambah beliau.
Beliau juga menyatakan hasratnya untuk mengadakan program ini di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
“InshaAllah pada tahun-tahun berikutnya, tahun depanlah, mereka nak buat peringkat international tetapi memerlukan budget yang besar,” beliau berkata pada sidang media selepas Majlis penutup AMCT 2022 yang berlangsung di Pulau Poh, Tasik Kenyir Semalam.
Jertih Casting Crew (JCC) 2 muncul juara keseluruhan dengan hasil tangkapan 3 ekor Sebarau, 2 ekor Toman, dan 2 Special dengan mata keseluruhan sebanyak 358.9 mata.
Empat kategori pertandingan iaitu King of Sebarau, King of Toman, King of Special dan Best of Barra telah diadakan dengan melibatkan 26 buah rumah bot (houseboat) dan 232 bot laju (speedboat).
– UNIT BERITA MANIS FM