JHEAT Ditutup Sementara Untuk Sanitasi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan pencegahan awal COVID-19, di kawasan berkenaan.

JHEAT dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebook jabatan itu memaklumkan, kesemua operasi kaunter dan khidmat pelanggan kelolaan jabatan itu ditangguhkan, bermula hari ini hingga esok.

Urusan kaunter dan khidmat pelanggan akan beroperasi semula seperti biasa pada 7 Oktober 2020 (Rabu).