DALAM suasana pandemik ketika ini, ramai rakyat Malaysia memberi lebih perhatian kepada pemakanan dan diet mereka dalam memastikan kesihatan berada dalam keadaan baik.
Tiga pakar pemakanan daripada farmasi terbesar di Malaysia, Farmasi Alpro, telah bergabung dengan berkongsi tiga resepi sarapan yang lebih sihat dan diinspirasikan daripada makanan kegemaran rakyat tempatan.
Inisiatif ini bertujuan untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat dan mereka telah memilih tiga sarapan kegemaran yang unik iaitu roti canai sarang burung, tosai dan mi kolok Sarawak.
Pengarah Jenama, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro, Lee Yin Chen berkata menerusi kempen Championing A Healthy and Vibrant Malaysia, pihaknya berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat untuk mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang dan gaya hidup yang aktif.
Roti ‘Wholemeal’ Sarang Burung oleh pakar pemakanan Nor Anieza Abas
Diinspirasikan dari hidangan ‘roti canai sarang burung’ yang tular di media sosial pada tahun yang lepas, pakar diet Nor Anieza Abas telah mencipta resepi ‘Roti Wholemeal Sarang Burung’ dengan memberikan sentuhan yang lebih sihat dan kurang lemak. Dengan menggantikan roti canai dengan roti mil penuh ataupun wholemeal, Nor Anieza telah menyediakan hidangan sarapan yang rendah kalori dan kurang lemak,sesuai untuk semua golongan masyarakat.
“Resipi mudah dibuat ini mengandungi jumlah kalori yang lebih rendah jika dibandingkan dengan ‘roti canai sarang burung’. Saya juga telah menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh dalam mencipta resipi ini bagi memudahkan semua orang untuk mencuba hidangan ini di rumah,” kata Nor Anieza.
‘Thosai Diet Sihat’ oleh pakar pemakanan Deva Bhargunan
Thosai adalah hidangan sarapan yang terkenal di Malaysia dan ia biasanya dihidangkan bersama kari dan chutney. Mudah didapati di kebanyakan restoran India dan mamak, pakar pemakanan Deva Bhargunan telah mencipta ‘Healthy Diet Thosai’, sebuah versi thosai yang lebih sihat dan mengandungi karbohidrat yang lebih rendah.
Untuk resepinya, Deva telah menggantikan tepung beras dengan supplemen pemakanan ‘Metabolic Sauver’ yang membantu mengawal kadar gula dalam darah untuk pesakit diabetes.
“Antara faktor utama penyakit kencing manis yang tidak terkawal makin berleluasa dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. ‘Healthy Diet Thosai’ adalah pilihan yang mesra diabetes kerana tepung beras telah digantikan dengan serbuk Metabolic Sauver yang membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mencegah lonjakan gula dalam darah,” kata Deva.
‘Mi Kolo Ayam’ oleh pakar pemakanan Ivy Hew
Berasal dari ‘Bumi Kenyalang’, mee kolok adalah hidangan mee kering yang digemari ramai di rantau Borneo. Demi mencipta resepi mee kolok yang lebih sihat dan juga mesra Muslim, pakar pemakanan Ivy Hew telah memilih untuk hanya menggunakan bahan-bahan yang sihat seperti dada ayam (daging tanpa lemak),sayur bak choy, lobak merah dan juga minyak zaitun dalam resepinya.
“Idea di sebalik resipi ini adalah untuk mencipta hidangan mee kolok yang lebih seimbang dari segi nutrisi dan bersesuaian dengan nisbah Quarter-Quarter Half ataupun ‘Suku-Suku Separuh’ yang disyorkan pakar. Saya juga menggunakan minyak zaitun sebagai asas hidangan ini untuk menyediakan versi mee kolok yang lebih sihat,” kata Ivy.
Dengan misi untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan nasihat penjagaan kesihatan profesional demi kesejahteraan masyarakat, Alpro berharap untuk terus mencetus impak positif di tanah air melalui pelbagai inisiatifnya.
Sumber: Mstar