Jumlah Mangsa Banjir Semakin Berkurangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan kepada 2,265 mangsa daripada 669 keluarga ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Daerah Temerloh mencatatkan paling ramai mangsa iaitu seramai 701 orang daripada 237 keluarga berada di enam PPS diikuti Kuantan 590 orang daripada 168 keluarga dipindahkan di 7 PPS dan Rompin 453 mangsa daripada 131 keluarga dipindahkan di sembilan PPS.

Selain itu, Pekan mencatatkan seramai 115 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di dua PPS, Bera 147 mangsa daripada 36 keluarga di empat PPS, Jerantut 154 mangsa daripada 39 keluarga di empat PPS, Raub 51 mangsa daripada lapan keluarga di dua PPS dan Bera 147 mangsa daripada 36 keluarga di empat PPS.

Jumlah kumulatif mangsa di seluruh negeri ini direkodkan seramai 67,786 mangsa daripada 18,353 keluarga yang telah dipindahkan ke 441 PPS.

Manakala seramai 21 orang mangsa telah terkorban akibat banjir daripada Daerah Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Bentong.

Sumber: PAHANGMEDIA