Jumlah mangsa banjir Terengganu berkurangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir semakin berkurangan apabila merekodkan seramai 25,895 mangsa pagi ini, berbanding 27,021 orang malam tadi.

Jumlah pusat pemindahan banjir (PPS) yang menempatkan mangsa banjir turut merekodkan pengurangan sebanyak 181, berbanding 184 malam tadi.

Sehingga jam 8 pagi ini, daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 5,439 mangsa daripada 1,390 keluarga di 16 PPS, diikuti daerah Dungun seramai 5,201 mangsa daripada 1,396 keluarga di 32 PPS.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, jumlah mangsa banjir di Besut adalah seramai 4,309 daripada 1,390 yang masih ditempatkan di 49 PPS.

Di Setiu, seramai 1,118 mangsa banjir daripada 276 keluarga di 21 PPS manakala seramai 3,561 mangsa daripada 909 keluarga di 17 PPS di Kuala Nerus.

Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di tiga PPS di Marang adalah seramai 197 orang daripada 32 keluarga, manakala Kuala Terengganu merekodkan seramai 2,503 mangsa daripada 658 keluarga di 13 PPS.

Keadaan cuaca di negeri ini semakin baik apabila hujan hanya melanda di beberapa tempat.

Sumber: BERITA HARIAN

Sumber: BERITA HARIAN