Jumlah Maut Akibat COVID-19 Turun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kes kematian akibat COVID-19 yang direkodkan semalam, mencatatkan penurunan berbanding 37 kes kelmarin.

Berdasarkan laman sesawang github kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), satu kes kematian di luar kemudahan kesihatan (BID) turut direkodkan di Sabah, setakat tengah malam tadi.

Kematian di Sabah menyumbang kepada seramai 6,275 pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan, setakat ini.

Perak mencatatkan kes kematian tertinggi dengan tujuh kes, disusuli Selangor, iaitu tiga kes dan masing-masing dua kes di Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah.

Dalam pada itu, Johor dan Perlis mencatatkan satu kes kematian, manakala sembilan lagi negeri iaitu Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan sifar kes.

Mengikut laman sesawang CovidNow, kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara ketika ini berada pada paras 66.1 peratus.

Sementara itu, sebanyak 37.7 peratus pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, 58.7 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 25.7 peratus dipantau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 78.2 peratus atau 25,542,969 daripada penduduk negara sudah melengkapkan pelalian COVID-19.

Sebanyak 160,974 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, iaitu 153,223 dos penggalak; 3,088 dos pertama dan 4,663 dos kedua.

Perak mencatatkan kes kematian tertinggi akibat COVID-19 semalam, disusuli Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Perak mencatatkan kes kematian tertinggi akibat COVID-19 semalam, disusuli Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sumber: Berita Harian