Jumlah pesakit muda di ICU di Brazil atasi pesakit tua

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Rio de Janeiro: Jumlah pesakit Covid-19 berusia bawah 40 tahun di Brazil yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) kini mengatasi pesakit lebih tua, menurut satu kajian pada Ahad.

Angka pesakit berusia 39 tahun dan ke bawah di ICU pada Mac meningkat kepada 11,000 atau 52.2 peratus secara keseluruhannya, kata Brazilian ICU Project.

Ia menunjukkan peningkatan daripada 14.6 peratus daripada jumlah pesakit di ICU pada awal pandemik, dan berbanding 45 peratus antara September dan Februari.

“Sebelum ini, golongan berkenaan lazimnya hanya mengalami gejala kurang serius dan tidak perlu dimasukkan ke ICU. Jadi angka ini amat signifikan,” kata Dr Ederlon Rezende, penyeleras bersama untuk projek Inisiatif Persatuan Perubatan Rapi Brazil.

Beliau berkata, banyak faktor yang menyebabkan peningkatan berkenaan.

Brazil merekodkan 66,500 kematian akibat Covid-19 pada Mac, hampir dua kali ganda berbanding Julai 2020 ketika penularan pandemik itu memuncak.

Sehingga kini, ia mengorbankan 351,000 nyawa di negara dengan populasi 212 juta itu.

Ia adalah jumlah kematian kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Sumber: My Metro