Juruteknik, jurukimpal mabuk ditahan polis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Butterworth: Tindakan dua lelaki minum alkohol melebihi had ditetapkan membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam Op Mabuk di Jalan Ong Yi How,di sini, hari ini.

Dalam operasi berakhir 6 pagi itu, polis menahan juruteknik, 35, yang memandu kereta dan jurukimpal, 50, yang menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pemeriksaan ke atas dua lelaki berkenaan mendapati mereka berada dalam pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.

“Mereka berdua seterusnya dibawa balik ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seberang Perai Utara untuk ujian pernafasan menggunakan alat EBAII yang hasilnya turut mendapati dua lelaki in positif melebihi had yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: My Metro