K-POP Global Festival Jelajah Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bermula bulan ini hingga Mei depan, festival K-Pop Global Festival akan dianjurkan di Malaysia membabitkan aktiviti tarian dan kebudayaan.

Pelbagai acara akan diadakan antaranya seperti uji bakat, lawatan promosi, promosi media, jualangan barangan dan banyak lagi, membabitkan kawasan berbeza di Lembang Klang, Pulau Pinang, Johor, dan negeri di Pantai Timur.

Kemuncak acara tersebut berkerjasama dengan Starz Galaxies Global Media & Entertainment bakal menyaksikan Cabaran Pertempuran, Pertandingan Tarian Akhir serta konsert, bulan depan.

Pengasas Starz Galaxies Global Media & Entertainment, Mae Long, berkata antara matlamat K-POP Global Festival 2024 adalah untuk semua orang yang meminati hiburan dari Korea Selatan atau K-POP, menggalakkan keharmonian hidup sihat, mendidik orang ramai menghargai seni dan budaya dalam kehidupan seharian melalui komunikasi dengan cara lebih bijak dan berharap festival ini menjadi tempat dan platform untuk berkomunikasi dan bertukar pandangan di kalangan mereka yang meminati K-POP.

“K-POP Global Festival tertumpu terutamanya pada pendidikan hiburan (edutainment) yang diketuai oleh jurulatih tarian K-Pop bertaraf dunia. Kami percaya jurulatih hebat boleh membawa generasi akan datang ke tahap lebih tinggi.”

Festival berkonsep hiburan pendidikan itu dibahagikan kepada tiga kategori untuk pelajar iaitu bawah 18 tahun, antara 18 hingga 45 tahun dan 46 tahun.

Pada April depan, promosi K-POP Global Festival 2024 akan dilancarkan di peringkat antarabangsa melalui saluran penyiaran terkemuka Korea Selatan, Korean Broadcasting System (KBS) yang dijangka menjangkau 146 negara.

-BeritaHarian