Kadar Anaemia di Xinjiang Semakin Meningkat Di Kalangan Orang Muda Menurut Satu Hasil Kajian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar sekadar hiasa. Foto-China Daily

XINJIANG 12 Rejab 1442, Rabu- Keadaan malnutrisi yang berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat di wilayah Xinjiang meskipun pertumbuhan ekonomi. Situasi kesihatan ini dilaporkan dalam dua hasil kajian yang dijalankan berasingan oleh para penyelidik China.

Dianggarkan seramai 16 peratus penduduk Xinjiang yang berusia 15 tahun dan kebawah mengalami anemia, satu keadaan di mana kepekatan sel darah merah lebih rendah daripada biasa.

Kini, kadar anemia di Xinjiang adalah 23 peratus lebih tinggi daripada purata secara nasional. Penyakit ini semakin menurun di seluruh negara, namun di Xinjiang kadarnya semakin meningkat, meskipun perlahan, dengan kenaikan 0.11 peratus dari 2016 hingga 2018.

Penemuan ini menunjukkan “wujud kebarangkalian kekurangan zat makanan di kalangan remaja di Xinjiang”, kata Profesor Sun Hong, dari Hospital Xiangya di Central South University, dalam sebuah makalah yang yang diterbitkan dalam jurnal Soft Science of Health pada awal Februari 2021.

Data yang diperolehi dari Sun diperolehi dari pihak berkuasa kesihatan Xinjiang. Sejak 2016, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan program yang dikenali sebagai “pemeriksaan kesihatan untuk semua”.

Perkhidmatan yang dijalankan secara percuma ini telah disertai hampir 18 juta orang, atau lebih daripada 70 peratus penduduk, mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun. Maklumat peribadi peserta dilindungi, namun para saintis dapat megakses pangkalan data gabungan untuk tujuan penyelidikan kesihatan masyarakat awam.

Sebuah lagi kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Perubatan Xinjiang mendapati bahawa lebih daripada satu perempat kanak-kanak Xinjiang yang berumur hingga enam tahun mengalami anemia, yang mana kadarnya lebih daripada dua kali ganda kadar nasional. Hasil kajian ini diterbitkan oleh Zikeya Naijimu dan rakan-rakannya dalam makalah di sebuah jurnal berbahasa Cina iaitu Jurnal Perubatan Pencegahan Moden.


Para penyelidik memberitahu keadaan anemia yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh kekurangan beberapa unsur seperti zat besi dan vitamin, dalam makanan.


Masalah Anemia adalah masalah yang berlaku di seluruh dunia. Kira-kira 1.6 bilion orang tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen yang mencukupi untuk memenuhi permintaan tubuh mereka, dan separuh daripadanya disebabkan oleh diet kekurangan zat besi, menurut Organisasi Kesihatan Sedunia.


Menurut data Bank Dunia pada tahun 2016, di Afghanistan, sebuah negara dilanda perang yang bersempadan dengan Xinjiang dan mempunyai iklim dan budaya yang serupa, terdapat lebih daripada 46 peratus kanak-kanak hingga lima tahun mengalami anemia.


Xinjiang mencapai pertumbuhan ekonomi yang sangat besar dengan kawasannya yang luas dan sumber semula jadi yang kaya. Dari tahun 1990 hingga tahun lalu, produk domestik kasarnya meningkat pada kadar 10.3 peratus setiap tahun. Tetapi pembangunannya tidak sama rata di wilayah ini. Sebahagian besar industri dan perniagaan tertumpu di utara Xinjiang, sementara kawasan selatan kekal sebagai kawasan pedalaman.

Di ibu kota wilayah Urumqi, masalah anemia di kalangan kanak-kanak hampir tiga kali lebih rendah daripada di wilayah Hotan di barat daya Xinjiang. “Kerana kawasan Hotan terletak di selatan, Urumqi di utara. Pertumubuhan ekonomi di Seatan lebih mundur dibandingkan dengan kawasan di utara, disamping taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih rendah,” kata Naijimu dan rakan-rakan dalam jurnal.


Anemia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Bagi kanak-kanak, ia boleh mempengaruhi perkembangan tubuh dan otak, masalah kesihatan awam yang boleh mempengaruhi perkembangan sosial dan ekonomi, menurut para penyelidik dari kedua-dua kajian tersebut.


Naijimu mendesak pemerintah untuk mengambil tindakan tegas untuk mengatasi masalah tersebut. Antara penyelesaian yang boleh dilaksanakan termasuk menyebarkan makanan tambahan kaya zat besi di kawasan yang mundur, mempromosikan pendidikan kesihatan di kalangan ibu bapa dan meningkatkan pemantauan kesihatan untuk pelajar sekolah, katanya.

Menurut data kesihatan, beberapa penyakit kronik telah menurun di Xinjiang kerana peningkatan perkhidmatan kesihatan dalam beberapa tahun terakhir. Bilangan orang yang menderita tekanan darah tinggi, misalnya, turun 3.5 peratus dari 2016 hingga 2018.- Agensi