Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terengganu Mula Reda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Terengganu kini mengalami penurunan kepada 1.15 setelah direkodkan menjadi negeri dengan kadar nilai tertinggi di Malaysia, baru-baru ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Terengganu masih antara negeri dengan kadar Rt melebihi 1 diikuti Selangor and Sabah (1.10), Johor and Kedah (1.09), Melaka (1.06), and Pahang (1.0).

“Kelantan kini mempunyai angka Rt dengan 1.43 melepasi Rt negara iaitu 1.19.

“Nilai tersebut merupakan jangkaan mengikut kes harian pada Selasa,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu turut merekodkan penurunan kepada satu kes sahaja jumlah kes baharu COVID-19 seperti perlis (1 kes) diikuti dengan Labuan (2 kes) manakala jumlah kumulatif kes sebanyak 2,340 kes dalam negara, pada hari ini.

Untuk pengetahuan, nilai Rt merujuk kepada tahap penularan virus, iaitu berapa jumlah individu yang mampu dijangkiti oleh satu kes positif.

Contohnya, semakin rendah nilai tersebut, kemungkinan jangkitan bagi kes positif adalah berkurang.

Sumber: TRDI News