KAJIAN: Kulit Tembikai Berkesan Hilangkan Jerawat?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jerawat antara salah satu masalah kulit yang dialami oleh setiap orang. Jerawat boleh berlaku kerana pemakanan yang tidak sihat, kurang rehat, tekanan atau faktor persekitaran yang kurang bersih.

Pelbagai produk kecantikan untuk merawat jerawat boleh didapati di pasaran. Dari bahan semula jadi hinggalah ubat jerawat yang mengandungi bahan kimia.

Ramai di kalangan wanita di luar sana sangat obses untuk hilangkan jerawat hingga sanggup gunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan.

ISI PUTIH BUAH TEMBIKAI BERKESAN UNTUK MENYEMBUHKAN JERAWAT

Tapi sebenarnya banyak bahan-bahan semula jadi seperti lemon, air garam yang boleh digunakan sebagai ubat jerawat. Tahukah anda, buah tembikai juga boleh mengatasi masalah kulit terutama sekali masalah jerawat.

Buah tembikai kaya vitamin A, C, dan B6. Tapi lepas habis makan buah tembikai, anda akan nampak isi putih. Isi putih buah tembikai tersebut sebenarnya boleh dijadikan ubat kerana ia mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan dan berkesan merawat kulit berjerawat.

Cara untuk merawat wajah jerawat adalah dengan mengisar bahagian putih tersebut kemudian diletakkan ke seluruh wajah seperti menggunakan topeng. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Hasilnya cukup menakjubkan. Selamat mencuba!

Sumber : Hanasuva