Kajian lembangan sungai seluruh negara sedang dijalankan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jerantut: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam proses menyelesaikan kajian lembangan sungai di seluruh negara bagi mengatasi implikasi banjir terutama di kawasan bandar dan penempatan penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, KASA akan turut mencari kaedah penyelesaian secara menyeluruh dengan menitik beratkan prosedur operasi standard (SOP) alam sekitar ketat dalam setiap pembangunan.

Beliau berkata, apabila kajian itu siap sepenuhnya, semua pelan pembangunan di seluruh negara perlu mematuhi SOP ditetapkan bagi mengatasi berlakunya banjir kilat atau banjir besar.

“Kajian lembangan sungai utama di seluruh negara yang sering berlaku banjir sedang dilakukan dan hanya beberapa negeri masih melakukan kajian dan belum menghantar laporan kajian itu.

“Sebahagian besar negeri sudah menghantar kajian dan beberapa negeri seperti Pahang, Kelantan dan Perak belum berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan meninjau tebing parit besar yang runtuh di Taman Wira.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damak, Zuridan Mohd Daud dan Adun Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin.

Sumber: My Metro