Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di tiga buah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Jumaat lalu.

Beliau berkata, kehadirannya juga adalah bagi mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang tidak dapat hadir kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.

“Ahmad Samsuri juga turut menyampaikan salam kepada semua mangsa banjir dan kekesalan kerana tidak dapat bersama dalam kunjungan bersama penduduk terjejas banjir yang tidak bernasib baik.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria, Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hasan Awang, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.

Tuan Faizah juga sempat beramah mesra dan mengagihkan makanan daripada Jawatankuasa Bencana Banjir kepada mangsa banjir yang dibungkus sendiri olehnya.

Sedikit sumbangan dan hadiah juga turut diserahkan kepada mangsa yang terdiri daripada bayi baru lahir, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit terlantar dan kanak-kanak berkhatan di PPS.

To’ Puan Seri Tuan Faizah membungkus maknanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di PPS

Sumber : TRDI News