Kakitangan MBSA Ditemukan Lemas Ketika Selam Skuba di Pulau Tenggol

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN – Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.

“Menurut pemandu bot, selepas 15 minit menyelam, beliau ternampak mangsa terapung di permukaan air lantas membawanya naik ke bot.

Namun, mangsa didapati sudah tidak bernyawa ketika itu dan dibawa pulang ke Jeti Akim, Seberang Pintasan untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Dungun,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Difahamkan, mangsa dan dua rakannya dari Shah Alam itu tiba di Dungun malam tadi untuk bercuti hujung minggu di Pulau Tenggol.

Sumber: BERNAMA