Kamera badan tingkatkan intergriti anggota bertugas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Penggunaan kamera badan ketika bertugas akan meningkatkan intergriti anggota polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik langkah itu yang mana alat berkenaan akan dibekalkan kepada Unit Rondaan Bermotor (URB) dan anggota Unit Rondaan (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan.

“Penggunaan kamera badan ini bukan sahaja memperkasa tahap integriti malah akan meningkatkan profesionalisme serta ketelusan ketika berurusan.

“Selain itu ianya melindungi kepentingan semua pihak terutamanya polis dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl berkata pengunaan kamera badan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha PDRM untuk memastikan usaha pasukan melaksanakan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan kerajaan sedang dalam proses perolehan untuk mendapatkan kamera badan bagi kegunaan anggota PDRM.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perolehan kamera badan berkenaan membabitkan kos berjumlah RM30 juta yang sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Sumber: BERITA HARIAN